free tracking
10:40 AM



10 Briged Para 

10 Briged Paratruper atau lebih dikenali sebagai 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia adalah sebuah pasukan elit payung terjun yang asalnya sebuah unit infantri biasa dalam cabang Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan tarafnya kepada unit perajurit para. Formasi elit ini ditubuhkan hasil gabungan dari 3 Batalion Elit Para iaitu Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) yang merupakan batalion pertama yang menyertai formasi ini, Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), disokong dengan penyertaan 1 Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) dengan 1 Skuadron Rejimen Armor Diraja (Para) serta 10 unit sokongan yang sedia ada dalam cawangan Tentera Darat.
 


Grup Gerak Khas 

Grup Gerak Khas atau GGK merupakan entiti pasukan elit utama dalam Malaysia. Ia terdiri daripada 2 buah rejimen komando dan sebuah rejimen gerakhas dalam formasi Tentera Darat Malaysia. Penugasan GGK ialah melengkapkan skuadronnya dalam mengesan, melapor dan menghuru-harakan kedudukan musuh melalui penyusupan jauh ke dalam kawasan operasi melalui hubungan kerjasama dengan pihak gerila atau puak penentang. 

 


PASKAL 

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga turut mempunyai aset pasukan elitnya dalam menjaga perairan Malaysia khasnya Selat Melaka dari pencerobohan kuasa luar dan keganasan dan juga perkatakan oleh masyarakat Malaysia sebagai pasukan elit No.1 di Malaysia. Unit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Khas Laut atau PASKAL. Unit ini mendapat latihan khas komando dari Grup Gerak Khas sendiri dan Komando Pasukan Katak atau KOPASKA, sebuah pasukan elit tentera laut dari Indonesia. Diawal penubuhannya pada tahun 1975, peranan pasukan ini tidak ubah seperti pasukan pengawal pantai di mana ia diberi tugas mengawal kapal-kapal TLDM serta mengawal pantai yang berhampiran dengan kawasan hutan yang mana boleh terdedah dari sebarang pembolosan pengganas-pengganas komunis yang mampu melepaskan diri ke negara jiran melalui laut. 

*****Trivia Tentang Paskal******

1. Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

2. Pada mulanya sangat sukar untuk mencari respons media antarabangsa terhadap kejayaan ini yang dilapor dibuat pada 11.40 malam, 20 Jan kerana ia tidak dihebohkan lagi kepada media tempatan di Malaysia.

3. Kejayaan ini juga dibayangi dengan kejayaan pasukan khas Korea Selatan pada hari yang sama, kejayaan pasukan khas Korea Selatan ini menjadi berita hangat diseluruh dunia.

4. Pada 22 Jan, berita kejayaan ini mula tersebar di dada akhbar dan agensi berita antarabangsa, AFP dan Reuters mula memetik kejayaan itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

5. Susulan dengan itu, laman-laman Twitter milik rakyat luar negara mula mendedahkan kejayaan itu dan saya lihat jumlahnya semakin bertambah dan pesanan-pesanan ini mula terkeluar lebih kurang setengah jam selepas AFP menyiarkan kejayaan pasukan khas Paskal.

6. Ini bukan kali pertama Paskal mencipta kejayaan tetapi kali ini lain, dunia akan mengenal Paskal, pasukan khas dari Malaysia dan peminat ketenteraan akan menyenaraikan Paskal setaraf dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia lain. Jika tidak percaya, cubalah lihat data pencarian enjin pencari internet, nama pasukan ini pasti akan popular dalam beberapa hari ini.

7. Yang paling mengkagumkan, tidak ada casualty atau korban di kalangan anggota Paskal, anak kapal mahu pun di kalangan lanun-lanun itu sendiri kecuali tiga daripada tujuh lanun Somalia terbabit cedera.

8. Keadaan ini sangat berbeza sekali dengan kejayaan-kejayaan tentera laut lain di perairan Somalia, pasti akan melibatkan kematian di kalangan anggota lanun dan sebagai contoh melalui operasi menyelamat pasukan khas Korea Selatan itu tadi, habis kesemua enam lanun menjadi korban.

9. Mungkin anggota Paskal ini sudah beri arahan untuk mengelakkan kematian di kalangan anggota lanun dan arahan ini saya yakin ada kaitan dengan polisi jangka panjang kerajaan Malaysia.

10.Saya berpendapat, lanun-lanun ini bukan tentera profesional atau berjuang kerana agama.

11.Mereka juga tidak akan membunuh anak kapal yang ditawan kerana motif mereka cuba mahu mendapatkan wang tebusan, lanun-lanun ini juga bimbang dengan tindakan yang bakal mereka dapat nanti jika operasi mereka melibatkan pembunuhan.

12.Secara mudahnya, mereka tidak akan berjuang bermati-matian…kalau sudah terperangkap, mereka akan menyerah diri dan jika anda seorang anggota lanun, bertempur dengan pasukan tentera merupakan perkara yang anda akan seboleh-bolehnya cuba elakkan.

Paskal dalam media antarabangsa :

*Akhbar yang berpengkalan di Israel iaitu ynetnews dengan judul : Malaysian navy foils hijack attempt in Gulf

*Akhbar dari Turki iaitu seanews dengan judul : Malaysia navy frees hijacked tanker "MT Bunga Laurel”

*Sebuah agensi keselamatan maritim, Neptune Maritime Security yang berpengkalan di United Kingdom turut menyiarkan kejayaan pasukan ini dalam laman web mereka

*Suratkhabar India iaitu HindustanTimes menyiarkan berita penuh kejayaan komando Malaysia itu hari ini.

*Stesten TV dari Amerika Syarikat, Foxnews turut menyiarkan berita kejayaan ini.

*Akhbar WashingtonExaminer

*BBC news dengan tajuk : Malaysia navy foils ship hijack attempt, seizes pirates

*Jakarta Post dari Indonesia 




PASKAU 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai sebuah pasukan khas yang berkebolehan menjaga keselamatan pangkalan strategik TUDM dan Pasukan Anti Keganasan dan Rampasan Pesawat yang dikenali sebagai Pasukan Khas Udara atau PASKAU. Asalnya, nama unit ini dikenali sebagai HANDAU dan ketika itu ia tidak berperanan sepenuhnya sebagai unit anti keganasan. Pasukan ini ditubuhkan berikutan selepas insiden serangan mortar ke atas Pangkalan TUDM Simpang, Kuala Lumpur oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaysia. 

 


Pasukan Gerakan Khas 

Polis Diraja Malaysia atau PDRM turut mempunyai 1 buah pasukan elit yang amat terlatih yang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) yang dipertanggungjawab menangani keganasan dan jenayah berbahaya. Sebelum ini, unit tersebut merupakan hasil gabungan daripada 2 pasukan elitnya iaitu Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang digabungkan menjadi satu unit menentang keganasan. 



Unit Gempur Marin 

Unit Gempur Marin adalah sebuah unit elit yang baru ditubuhkan pada bulan Mac 2006 dan ia diletakkan dibawah tanggungjawab pasukan marin Polis Diraja Malaysia. Unit yang mendapat didikan khas daripada truper Komando 69 PGK dan US Navy SEALs ini ditugaskan menjaga perairan Malaysia khasnya Selat Melaka dan Laut Sulu daripada sebarang ancaman di kawasan lautan, khasnya aktiviti lanun mahupun penyeludupan dan bekerjasama dengan unit-unit elit tentera laut dan pengawal pantai (APMM) sepertimana statusnya sebagai pasukan elit. 


Kredit : Wikipedia
Image : Google


Category: Informasi | Views: 2049 | Added by: firedauz | Rating: 0.0/0

Belanja kami secawan kopi